Awal kehidupan Kobe Jae Chong

Chong dilahirkan di Birmingham, Inggeris. Bapa beliau merupakan warga Malaysia, manakala ibunya merupakan warga Jamaica.[1] Bakat bola sepak beliau telah diasah sejak kecil oleh bapanya, yang merupakan bekas pemain bola keranjang profesional bagi pasukan Birmingham Bullets. Beliau dibawa ke Strike Soccer Schools pada usia dua tahun sebelum menyertai Brazilian Futsal Camps pada umur enam .[6]

Pada usia 9 tahun, Chong menyertai akademi West Bromwich Albion tanpa melalui sesi pemilihan. Dua tahun kemudian, Chong dan bapanya pergi ke Portugal untuk hadiri sesi pemilihan selama dua minggu di Sporting Lisbon. Chong gagal pemilihan tersebut dan kembali ke West Brom. Malangnya, beliau diberitahu oleh kelab bahawa beliau dilepaskan oleh akademi West Brom, berikutan ketiadaannya selama dua minggu tanpa surat tunjuk sebab. Setelah situasi malang tersebut, Chong bermain untuk Kidderminster Harriers dalam Liga Perdana Junior (JPL). Beliau sekali lagi dijemput untuk Portugal untuk menghadiri sesi permilihan bersama dengan Sporting Lisbon, tetapi sekali lagi tidak berjaya dan akhirnya kembali ke UK.[6]

Rujukan

WikiPedia: Kobe Jae Chong https://www.besoccer.com/player/matches/kobe-jae-c... https://calcioengland.com/2020/05/09/an-italian-ed... https://englishplayersabroad.com/tag/kobe-jae-chon... https://www.htafc.com/matches/fixtures/u23-team/20... https://www.sctfc.com/news/a-royal-goes-pro-264156... https://www.theposh.com/news/2021/august/posh-make... https://twitter.com/harimau_abroad/status/11480508... https://www.vocketfc.com/kobe-chong-intai-peluang-... https://englishplayersabroad.wordpress.com/2018/06... https://www.youtube.com/watch?v=3NOeRaqDD0g